JUMLAH KORBAN AKIBAT KORONAVIRUS DI HUBEI MENINGKAT 549 ORANG

MOSCOW: Jumlah kematian akibat novel koronavirus di wilayah Hubei, China meningkat kepada 549 orang, kata Suruhanjaya Kesihatan Wilayah pada Khamis.

Dalam tempoh 24 jam lalu, bilangan orang yang dijangkiti juga meningkat sebanyak 2,897 kepada 19,665. Lebih 630 lagi dibenarkan keluar hospital, lapor agensi berita Sputnik.

Wabak koronavirus (2019-nCoV) pertama kali dikesan di bandar Wuhan di Hubei pada Disember, sejak itu virus tersebut merebak ke lebih 25 buah negara. Minggu lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan darurat kesihatan global ekoran penularan wabak itu. — BERNAMA

Leave a Reply