Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK 11 TAHUN DITEMUKAN LEMAS DI PASIR GUDANG

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK 11 TAHUN DITEMUKAN LEMAS DI PASIR GUDANG

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas di sebuah sungai berdekatan sebuah restoran di Jalan Nilam 1, Taman Cendana, Pasir Gudang, petang semalam.

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas di sebuah sungai berdekatan sebuah restoran di Jalan Nilam 1, Taman Cendana, Pasir Gudang, di sini petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang Pegawai Bomba Kanan I KUP Mohd Yusri Atan berkata kejadian pada jam 5.16 petang itu, mengorbankan mangsa yang dikenali sebagai Muhamad Danil Zahri Borhanuddin.

Beliau berkata seramai sembilan anggota dengan dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan tugas mencari dan menyelamat.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, mangsa dipercayai pergi ke sungai tersebut bersama sekumpulan rakan, bagi melakukan aktiviti menangkap ikan dan mandi manda.

“Bagaimanapun, mangsa ditemui pada kedalaman tiga meter dan juga tiga meter daripada tebing sungai itu,” katanya pada satu kenyataan, semalam.

Mohd Yusri berkata petugas Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi kejadian, kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 6.40 petang.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading