Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK 12 TAHUN MAUT DISYAKI TERKENA RENJATAN ELEKTRIK DI SEKOLAH

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK 12 TAHUN MAUT DISYAKI TERKENA RENJATAN ELEKTRIK DI SEKOLAH

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut disyaki terkena renjatan elektrik di sebuah sekolah di Serdang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A. Anbalagan berkata kejadian itu berlaku pada 6.30 petang dan laporan mengenainya dibuat seorang wanita tempatan berusia 36 tahun.

“Semasa pengadu berada di tempat kerja, pengadu telah menerima pesakit seorang kanak-kanak lelaki tempatan berumur 12 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah sekolah di Serdang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada 6.50 petang (18 Dis),” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.

Anbalagan berkata kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut dan pihaknya masih menunggu laporan hasil bedah siasat bagi mengenal pasti punca kejadian.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan komentar berhubung kejadian yang boleh mengganggu proses siasatan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading