Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TOKOH KRAF NEGARA MENINGGAL DUNIA 

DALAM NEGARA

TOKOH KRAF NEGARA MENINGGAL DUNIA 

Tokoh Kraf Negara Norhaiza Noordin meninggal dunia pada usia 61 tahun di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di Kota Bharu, Kelantan pagi ini akibat masalah jantung.

JERTIH: Tokoh Kraf Negara Norhaiza Noordin meninggal dunia pada usia 61 tahun di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di Kota Bharu, Kelantan pagi ini akibat masalah jantung.

Menurut anak sulung Allahyarham,  Mohammad Othman, 23, bapanya mengadu sukar bernafas dan ahli keluarga menghantarnya ke HRPZ II tengah hari semalam, untuk mendapatkan rawatan.

“Ayah disahkan meninggal dunia pada 6.13 pagi tadi di sisi ibu (isteri Norhaiza, Che Rohayati Abdullah, 49),” katanya ketika dihubungi.

Mohammad Othman berkata jenazah Norhaiza akan dikebumikan selepas solat asar hari ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja di sini.

Norhaiza meninggalkan seorang isteri dan dua anak iaitu Mohammad Othman dan Rabiatul Adawiah, 21.

Norhaiza menerima Anugerah Tokoh Kraf Negara pada 2022 dan telah membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Adiguru Kraf Ukiran Halus itu juga merupakan Yang Dipertua Persatuan Penggiat Seni Ukir Malaysia.

Anak jati Besut itu merupakan penggiat seni ukiran kayu yang terkenal dengan identitinya tersendiri serta hasil ukirannya banyak menghiasi ruang di istana, rumah orang kenamaan, rumah agam, pejabat, bangunan kerajaan di Malaysia dan di luar negara. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading