Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK TIGA TAHUN MAUT NAHAS KERETA DAN TRELER

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK TIGA TAHUN MAUT NAHAS KERETA DAN TRELER

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut setelah kereta yang dinaiki bersama tujuh ahli keluarganya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di KM148.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Bukit Gambir, Johor, semalam.

MUAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut setelah kereta yang dinaiki bersama tujuh ahli keluarganya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di KM148.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Bukit Gambir, Johor, semalam.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata dalam nahas kira-kira 2.40 petang itu, pemandu treler berkenaan dipercayai terlelap sebelum hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang lebuh raya.

“Pada masa sama, telah datang sebuah kereta jenis Proton Iswara dinaiki lapan sekeluarga merempuh sisi kanan hadapan treler terbabit.

“Akibat pelanggaran itu, kanak-kanak berkenaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala tujuh lagi mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raiz Mukhliz berkata pemandu treler itu yang mengalami cedera ringan kemudian ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan permohonan reman akan dilakukan hari ini di Mahkamah Majistret Muar. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading