Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KAPAL KARGO KARAM, BARANGAN 11.11 LESAP?

DUNIA

KAPAL KARGO KARAM, BARANGAN 11.11 LESAP?

TAIPEI: Sebuah kapal kargo dipercayai membawa muatan barangan ketika promosi Sale 11.11 karam selepas berlaku perlanggaran di perairan Minjiang.

Kapal kargo dari Taiwan itu dikatakan sedang membawa barangan dari TaoBao sebelum dihantar kepada pembeli.

Menurut laporan ETToday dan World off Buzz, sembilan anak kapal berjaya diselamatkan manalaka tujuh kru masih hilang dan dua disahkan maut.

Akibat kejadian itu juga sebanyak 879 tan barang di atas kapal tenggelam ke dalam laut.

Berita itu memberi tamparan hebat kepada pembeli apabila lebih 100 individu mula membuat aduan kepada TaoBao supaya memulangkan duit jika barang tiada hingga tular di laman sosial.

@khchee menulis, “Saya mahu duit dikembalikan, jika barang tiada.”

“Ini perkara yang amat dahsyat, saya berharap barang saya selamat,” kata Juankie.

Bagaimanapun, pihaknya memberi jaminan kepada semua pembeli bahawa proses pampasan akan disalurkan menerusi pembayaran AliPay.

Perkhidmatan pelanggan juga akan terus menghubungi pembeli untuk memudahkan kaedah pemprosesan tersebut.

Difahamkan, insiden berkenaan pertama kali berlaku melibatkan pengurusan logistik TaoBao. — SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading