KARTEL DAGING: SYARIKAT LY FROZEN FOOD DIDENDA RM1.5 JUTA GUNA LOGO HALAL PALSU
Mereka juga didakwa menawarkan barangan itu atas label GBP Australia Pty Ltd dan Ararat Meat Exports Pty Ltd, yang menggunakan logo halal Australia, untuk menunjukkan ia boleh dimakan oleh orang Islam.
Pengarah Syarikat LY Frozen Food Sdn Bhd, Yong Chee Keong (dua, kanan), 42, dan Pengurus Stor Syarikat LY Frozen Food Sdn Bhd, Chong Kim Kuang (kiri), 50, ketika keluar dari bilik perbicaraan di Mahkamah Sesyen hari ini. –fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU: Sebuah syarikat makanan sejuk beku didenda RM1.5 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memiliki, menawarkan dan menggunakan logo halal palsu berkaitan kartel daging pada Disember 2020.
Hakim Fatimah Zahari menjatuhkan hukuman itu selepas Pengarah LY Frozen Food Sdn Bhd Yong Chee Keong, 42, yang mewakili syarikat berkenaan, mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan.
Mahkamah turut menjatuhkan hukuman denda RM100,000 atau penjara enam bulan ke atas Yong, yang berdepan dan mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan sama namun melepas tanpa membebaskan seorang lagi pengarah syarikat itu Tan Siew Huak, 44, daripada pertuduhan serupa.
Fatimah juga memerintahkan Pengurus Stor LY Frozen Food Sdn Bhd Chong Kim Kuang, 50, dibebaskan daripada kesemua pertuduhan kerana mengambil kira fakta bahawa dia hanya pekerja di syarikat itu.
Mengikut kertas pertuduhan, LY Frozen Food, Yong, Tan dan Chong didakwa menggunakan suatu perihal dagangan palsu iaitu berkaitan logo halal Islamic Co-ordinating Council of Victoria dan Perth Mosque Incorporated dari Australia ke atas sejumlah 3,418 unit kotak makanan sejuk beku.
Mereka juga didakwa menawarkan barangan itu atas label GBP Australia Pty Ltd dan Ararat Meat Exports Pty Ltd, yang menggunakan logo halal Australia, untuk menunjukkan ia boleh dimakan oleh orang Islam.
Mereka turut dituduh memiliki barangan itu yang menggunakan perihal dagangan palsu tanpa kelulusan GBP Australia Pty Ltd dan Ararat Meat Exports Pty Ltd.
Kesemua kesalahan dilakukan di sebuah premis di Taman Perindustrian Desa Idaman, Senai, Kulai pada kira-kira 3.30 petang 1 Dis 2020 mengikut Seksyen 5(1)(a), Seksyen 5(1)(c) Akta Perihal Dagangan 2011, Perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Mohd Sophian Zakaria dan Syazwani Zawawi manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Zamri Idrus.
Pada 2 Dis 2020, media melaporkan kewujudan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula menggunakan logo halal serta menjualnya ke pasaran di seluruh Malaysia.
Kegiatan itu terbongkar hasil serbuan bersepadu pihak berkuasa ke atas sebuah gudang di Senai yang menyaksikan rampasan bernilai kira-kira RM6.47 juta. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager