KASA ARAH SEMUA JABATAN, AGENSI BERSEDIA HADAPI BANJIR
Menterinya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata antara yang sedang dilakukan adalah pemasangan pam air, penyelenggaraan pintu air dan kerja-kerja mendalamkan kawasan takungan air di lokasi berisiko banjir oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.
DUNGUN: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mengarahkan semua jabatan dan agensi di bawahnya melakukan persiapan sebaik mungkin bagi menghadapi banjir yang diramal berlaku berikutan musim Monsun Timur Laut tidak lama lagi.
Menterinya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata antara yang sedang dilakukan adalah pemasangan pam air, penyelenggaraan pintu air dan kerja-kerja mendalamkan kawasan takungan air di lokasi berisiko banjir oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.
“Kami (KASA) pantau supaya semua aset dapat digunakan pada waktu banjir nanti. Terdapat ratusan kawasan ‘hotspot’ banjir dikenal pasti di seluruh negara. Ada kawasan kami pasang pam air bergerak, ada yang kami pasang pam air kekal dan selenggara pintu air sebelum menghadapi musim tengkujuh ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Projek Pemuliharaan Muara Sungai Dungun di Dewan Sivik Bijangga di sini hari ini.
Sementara itu, menurut Tuan Ibrahim kementerian juga sedang membina kira-kira 50 empangan sabo secara berperingkat di kawasan berisiko kepala air di seluruh negara.
Katanya empangan tersebut yang berfungsi sebagai penahan puing termasuk bongkah batuan dan kayu serta melambatkan aliran air, akan dapat mengurangkan impak tragedi kepala air.
Terdahulu, beliau berkata Projek Pemuliharaan Muara Sungai Dungun yang dilancarkan hari ini akan bermula pada 26 Sept ini dan dijangka siap 25 Mac 2027.
Menurutnya projek bernilai RM242.97 juta itu, merangkumi kerja-kerja pengorekan alur pelayaran, serta pembinaan struktur pemecah ombak, struktur dinding penahan lapis lindung pantai dan ‘groin’ iaitu struktur hidraulik yang dibina secara berserenjang bagi mengurangkan kesan pukulan ombak pada pantai, selain pembinaan lampu tanda arah suar.
Katanya objektif utama projek ini adalah bagi mengatasi kejadian mendapan di muara sungai berkenaan yang tidak selamat untuk navigasi bot nelayan dan bot pelancongan ke Pulau Tenggol.
“Keadaan menjadi bertambah buruk semasa musim Monsun Timur Laut apabila angin kencang dan gelombang kuat menyebabkan kerosakan bot dan risiko kehilangan nyawa, selain pemendapan itu turut mengurangkan keupayaan sungai mengalirkan air ke laut dan mengakibatkan banjir.
“Saya berharap projek ini dapat membantu 500 buah bot berdaftar di muara Sungai Dungun menjalankan aktiviti perikanan dan pelancongan dengan selamat serta bebas daripada masalah kerosakan bot, seterusnya menjana ekonomi tempatan. Risiko banjir pantai juga akan dapat dikurangkan melibatkan hampir 5,000 penduduk tempatan,” katanya.-AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests