Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEBAKARAN PUTRA HEIGHTS: HANYA SEORANG MANGSA MASIH DIRAWAT DI HOSPITAL DI SELANGOR

DALAM NEGARA

KEBAKARAN PUTRA HEIGHTS: HANYA SEORANG MANGSA MASIH DIRAWAT DI HOSPITAL DI SELANGOR

Hanya seorang mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa lepas masih dirawat di hospital negeri ini, kata Pengarah Kesihatan Selangor Dr Ummi Kalthom Shamsudin.

PUTRAJAYA: Hanya seorang mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa lepas masih dirawat di hospital negeri ini, kata Pengarah Kesihatan Selangor Dr Ummi Kalthom Shamsudin.

Beliau berkata pesakit berkenaan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

“Apa yang saya boleh sahkan ialah hanya seorang pesakit dirawat di ICU hospital di bawah Selangor, iaitu dirawat di Hospital Ampang setakat pagi ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dr Ummi Kalthom berkata tiga pesakit yang dirawat di Hospital Cyberjaya pula kini dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sementara itu, Pengarah Hospital Cyberjaya Dr Shahabuddin Ibrahim mengesahkan tiada lagi mangsa kejadian dirawat di hospital itu.

Semalam Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan setakat 3 petang, mangsa dirawat di fasiliti kementerian itu melibatkan 86 kes manakala 46 di fasiliti swasta.

Di Hospital Cyberjaya, setakat semalam jumlah kes ialah 26 dengan 23 pesakit telah dibenarkan keluar wad manakala seorang di ICU dan dua dirujuk ke HKL. —AlHijrah Online  


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading