“Kita akan panggil pasukan K9 untuk mengesan jika adanya perbuatan khianat, accelerant (bahan yang mempercepat perebakan api) dan sebagainya bagi memastikan punca kebakaran.”
Pekerja-pekerja gudang tekstil terkemuka Jakel cawangan Shah Alam membawa keluar barang-barang yang boleh diselamatkan dalam kejadian kebakaran di Seksyen 7 hari ini. –fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor akan menggerakkan Unit Anjing Pengesan (K9) esok bagi menjalankan kerja-kerja forensik untuk mengenal pasti punca insiden kebakaran di Wisma Jakel, Seksyen 7 di sini.
Pengarah JBPM Selangor Datuk Norazam Khamis berkata setakat ini, punca kejadian masih belum diketahui dan dua ekor anjing pengesan khas bagi mengenal pasti punca kebakaran akan digerakkan.
“Kita akan panggil pasukan K9 untuk mengesan jika adanya perbuatan khianat, accelerant (bahan yang mempercepat perebakan api) dan sebagainya bagi memastikan punca kebakaran.
“Apabila api padam sepenuhnya, barulah unit K9 bertindak untuk melakukan siasatan bagi mengenal pasti jika ada perbuatan khianat terhadap Wisma Jakel,” katanya dalam sidang media berhampiran lokasi kejadian hari ini.
Beliau berkata laporan penuh insiden itu dijangka diketahui dalam tempoh sebulan.
Norazam juga berkata Wisma Jakel setinggi lima tingkat itu didapati terbakar sepenuhnya dalam insiden yang dilaporkan berlaku pada kira-kira 7 pagi.
Beliau berkata bomba sudah berjaya mengawal kebakaran pada peringkat awal namun api kemudian didapati merebak ke tempat simpanan dan stor barangan jualan.
“Keseluruhannya kita telah berjaya mengawal api pada 3 petang. Setakat ini, kita masih memadam kebakaran di bahagian stor yang tinggal lagi 10 peratus. Dijangka satu atau dua jam lagi kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya,” kata beliau.
Norazam berkata sejumlah 89 anggota serta pegawai dari enam balai bomba terlibat dalam operasi memadam kebakaran itu dan pihaknya menggunakan empat unit jentera Aerial Ladder Platform (ALP) termasuk dari Kuala Lumpur dan Melaka serta 5 tangki air berkapasiti 20,000 liter.
Mengulas keadaan seorang anggota bomba bantuan yang cedera ketika proses memadam kebakaran itu, beliau berkata mangsa hanya mengalami kecederaan ringan selepas serpihan batu panas termasuk ke dalam bajunya dan dia telah dihantar ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.
Gedung tekstil terkemuka itu dilaporkan terbakar awal pagi tadi dan pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada 7.08 pagi. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked