Keputusan itu dibuat hasil perbincangan bersama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan barisan exco semasa Mesyuarat Exco Negeri baru-baru ini.
JITRA: Kerajaan negeri telah membuat ketetapan bahawa semua konsert secara terbuka tidak akan dibenarkan di Kedah.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Mohd Firdaus Ahmad berkata keputusan itu dibuat hasil perbincangan bersama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan barisan exco semasa Mesyuarat Exco Negeri baru-baru ini.
“Saya telah bentangkan isu ini dalam mesyuarat dan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri adalah melarang dan tidak membenarkan sebarang konsert secara terbuka di Kedah.
“Ada yang kata kerajaan negeri tidak benarkan buat sebarang penganjuran program, jangan salah faham..hendak buat program tiada masalah tetapi hendak selitkan konsert secara terbuka dalam program, itu yang tidak dibenarkan,” katanya selepas merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasil perbincangan bersama Menteri Besar Kedah mengenai perkembangan larangan konsert secara terbuka di Kedah.
Mohd Firdaus berkata sebarang pemohonan permit hiburan yang diminta oleh pihak penganjur kepada pegawai daerah tidak akan diluluskan sama sekali.
“Semua pegawai daerah sudah tahu prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, kalau pemohonan yang diminta itu tepat, patuh SOP maka permit untuk menjalankan program akan diluluskan. Pegawai daerah akan pantau supaya kejadian yang sama tidak berlaku lagi.
“Bukanlah semua benda dilarang, contoh kalau konsert nasyid, busking atau program yang dijalankan di dalam dewan atau secara tertutup, ia mungkin akan dipertimbangkan oleh pegawai daerah,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu kenyataan memaklumkan, sebarang konsert hiburan yang mencetuskan kelakuan di luar tatasusila tidak akan dibenarkan di seluruh Kedah.
Larangan itu berikutan baru-baru ini tular di media sosial rakaman video persembahan kumpulan muzik di pentas yang disaksikan anak muda, sambil melakukan pelbagai aksi antaranya menari di Balai Seni Alor Setar yang mengundang rasa rasa kurang senang, susulan diadakan tidak jauh dari Masjid Zahir.-AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked