KELANTAN BERDEPAN CABARAN UNIK PERANGI SINDIKET DADAH RENTAS SEMPADAN – TIMBALAN MB
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memandang serius isu penyalahgunaan dadah yang mampu menghancurkan masa depan generasi muda terutama dengan cabaran unik sebagai negeri yang berkongsi sempadan darat dengan negara jiran.
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memandang serius isu penyalahgunaan dadah yang mampu menghancurkan masa depan generasi muda terutama dengan cabaran unik sebagai negeri yang berkongsi sempadan darat dengan negara jiran.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata penguatkuasaan mesti diperkasakan secara konsisten oleh semua agensi berkaitan agar masalah ini dapat ditangani secara lebih menyeluruh.
“Tangkapan besar-besaran oleh pihak polis di seluruh Kelantan kebelakangan ini dengan rampasan dadah bernilai jutaan ringgit adalah bukti jelas bahawa penguatkuasaan di lapangan sedang berjalan dengan berkesan.
“Tahniah kepada PDRM (Polis Diraja Malaysia) atas kejayaan besar ini. Tidak perlu lagi ada persepsi negatif terhadap Kelantan kerana apa yang lebih penting ialah tindakan tegas dan hasil yang nyata,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook beliau hari ini.
Mohamed Fadzli berkata kedudukan negeri ini yang mempunyai sempadan darat yang panjang, laluan tikus yang banyak serta kewujudan sindiket antarabangsa menjadikan usaha membanteras penyeludupan dadah lebih mencabar dan memerlukan pendekatan menyeluruh serta kerjasama pelbagai agensi.
Beliau berkata kerajaan negeri juga tidak hanya berpeluk tubuh, malah mengambil langkah proaktif melalui Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Pengerusi Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri Zamakhshari Muhamad
“PEMADAM Kelantan bekerjasama rapat dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), PDRM, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Yayasan Islam Kelantan (YIK) serta pelbagai agensi lain untuk memperkukuh usaha pencegahan dan pendidikan sehingga ke peringkat akar umbi termasuk di sekolah dan masyarakat,” katanya.
Mohamed Fadzli berkata kerajaan negeri akan terus konsisten, tegas dan berprinsip dalam mendukung segala usaha membanteras dadah.
“Kita yakin dengan kerjasama erat semua pihak, termasuk agensi penguat kuasa di peringkat Persekutuan, Kelantan mampu menjadi model negeri bebas najis dadah meskipun berdepan cabaran,” katanya.
Semalam Bernama melaporkan, polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah menggunakan peket kacang gajus selepas menahan sepasang suami isteri warga tempatan dan merampas pelbagai dadah dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM3.1 juta Jumaat lepas.
Pada 3 Julai lepas pula, polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah serta merampas pil kuda seberat 35.4 kilogram bernilai RM5.04 juta dalam enam serbuan di Pasir Mas dan Tumpat.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked