Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENJAWAT AWAM DIREMAN DISYAKI SALAH GUNA KUASA SELEWENG TANAH KERAJAAN

DALAM NEGARA

PENJAWAT AWAM DIREMAN DISYAKI SALAH GUNA KUASA SELEWENG TANAH KERAJAAN

KUALA TERENGGANU: Seorang penjawat awam negeri Terengganu ditahan reman lima hari bermula hari ini kerana disyaki menyalah guna kuasa melibatkan beberapa permohonan tanah kerajaan di negeri ini.

Sumber: BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Seorang penjawat awam negeri Terengganu ditahan reman lima hari bermula hari ini kerana disyaki menyalah guna kuasa melibatkan beberapa permohonan tanah kerajaan di negeri ini.

Perintah reman hingga Jumaat itu dikeluarkan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Menurut sumber suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira 2 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Terengganu. 

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut dari 2019 hingga 2023 apabila terlibat dalam kegiatan seleweng tanah dengan menukar pelan tanah selain mengendalikan beberapa proses berkaitan tanah di negeri ini untuk kepentingan anak-anaknya,” katanya.

Susulan penahanan itu, SPRM Terengganu menyita dua bidang tanah masing-masing berkeluasan kira-kira 9,000 dan 6,000 kaki persegi bagi tujuan siasatan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading