KUALA LUMPUR: Bermula 15 Julai 2025, TV AlHijrah akan menyiarkan program travelog ‘Masjid Ke Masjid’ yang menjelajah rumah-rumah Allah SWT yang indah di seluruh negara.
Program ini akan bersiaran setiap Selasa jam 9 malam, dihoskan oleh Shah Kimin dan Lah Ahmad.
Penonton akan disajikan dengan sejarah-sejarah, seni bina unik dan kisah komuniti setiap masjid yang dilawati.
Selain itu, program ini juga akan mengetengahkan peranan masjid yang bukan sahaja sebagai tempat ibadah, malah sebagai satu pusat untuk penyatuan masyarakat, perkongsian ilmu, dan simbol dakwah yang hidup.
Elemen dakwah dan penyebaran nilai-nilai Islam juga disampaikan dengan adanya perkongsian kisah-kisah teladan, kehidupan muallaf dan ilmu agama.
Melalui pendekatan yang santai dan penuh pengisian, penonton dibawa untuk melihat fungsi sebenar masjid dalam membentuk komuniti yang harmoni dan berilmu.
Oleh itu orang ramai diajak untuk menonton program ‘Masjid Ke Masjid’ setiap hari selasa jam 9 malam, hanya di TV AlHijrah.–AlHijrah Online