Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KELUARGA MANGSA BANJIR DI PAHANG TERIMA BANTUAN RM500

DALAM NEGARA

KELUARGA MANGSA BANJIR DI PAHANG TERIMA BANTUAN RM500

KUANTAN: Tanda prihatin terhadap nasib mangsa banjir di Pahang, kerajaan negeri bersetuju menyumbangkan Bantuan Khas Bencana Banjir sebanyak RM500 kepada setiap Ketua Isi Rumah yang terjejas banjir.

Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, empat kategori mangsa banjir akan menerima bantuan khas.

Ia melibatkan mangsa yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), mangsa tidak berpindah ke PPS tetapi menumpang di rumah saudara-mara, mangsa yang tinggal di rumah sewa dan juga mangsa yang membuat keputusan untuk tidak berpindah ke mana.

Menurut Wan Rosdy sumbangan ini adalah berdasarkan kemampuan dan keupayaan kewangan kerajaan negeri demi meringankan beban yang ditanggung mangsa.

Ia juga meneruskan tradisi tanda prihatin terhadap nasib mangsa banjir di Pahang sepertimana bantuan serupa semasa bencana banjir tahun lepas.

Setakat jam 3 petang Jumaat, jumlah mangsa banjir di Pahang melibatkan 30,914 orang dengan 228 PPS dibuka. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading