Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEMATIAN TAUFAN PHANFONE DI FILIPINA MENINGKAT 41 ORANG

DUNIA

KEMATIAN TAUFAN PHANFONE DI FILIPINA MENINGKAT 41 ORANG

MANILA – Angka kematian akibat Taufan Phanfone yang melanda Filipina sejak Rabu lalu meningkat kepada 41 orang, manakala puluhan ribu mangsa lagi masih berada di pusat pemindahan, kata pihak berkuasa tempatan semalam.

Taufan Phanfone yang meninggalkan Filipina semalam telah menghancurkan beberapa pulau di Visayas termasuk destinasi pelancongan yang popular dan jumlah kerosakan dianggarkan meningkat selepas penilaian dijalankan.

Jurucakap agensi bencana kebangsaan, Mark Timbal berkata kepada AFP, jumlah mangsa korban terkini meningkat kepada 41 daripada 28 kelmarin termasuk tiga kru bot yang maut selepas kapal mereka terbalik akibat angin kencang, seorang anggota polis yang terkena renjatan elektrik dan seorang lelaki yang ditimpa pokok yang ditebang.

Penduduk dan pihak berkuasa melakukan kerja-kerja pembersihan selepas Taufan Phanfone membadai Filipina sejak Rabu lalu. – Foto AFP

“Kami masih mencari 12 mangsa yang hilang dan berharap tiada lagi angkat kematian yang meningkat selepas ini,” katanya.

Laporan terbaharu agensi bencana itu menunjukkan lebih 1.6 juta orang terjejas selepas lebih 260,000 kediaman mereka rosak dan memaksa hampir 100,000 orang melarikan diri ke tempat perlindungan kecemasan.

Kerajaan turut menganggarkan bahawa Taufan Phanfone itu telah menyebabkan sektor pertanian dan infrastruktur musnah dengan nilai kerosakan dianggarkan $21 juta. – SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading