Malaysia sepatutnya diisytihar negara maju pada tahun 2020.
Wawasan murni yang diilhamkan Perdana Menteri keempat, Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad pada 1991 (kini Perdana Menteri ketujuh) membuatkan penulis yang ketika itu darjah dua membayangkan kehidupan serba canggih, kereta terbang, bangunan pencakar langit berwarna warni, manusia berinteraksi dengan robot dan macam-macam lagi.
Bukan sahaja impian menyaksikan persekitaran fizikal menjadi serba moden dan advance, tetapi juga pemikiran dan cara hidup yang mungkin berubah pada 2020.
Sesiapa yang seusia dengan penulis ketika itu, pasti teruja dan bersemangat memikirkan kehidupan pada 2020. Pada tahun 1991 itu, penulis masih ingat, ada mencongak usia penulis pada 2020. Ya, usia 37 tahun. Mungkin sudah berkeluarga, beranak pinak dan memiliki pekerjaan. Alhamdulillah, pada 2019 hari ini, penulis mencapai kesemua itu tanpa perlu menunggu 2020.
Kini, berbaki beberapa hari sahaja lagi, tahun 2020 akan tiba. Rupanya masih banyak impian dan jangkaan penulis dan ramai rakyat Malaysia meleset.
Bukanlah kecewa, namun mungkin impian ketika itu agak ambitious dan kurang realistik. Namun bagi penulis, mungkin kalau pun secara fizikal kita tak nampak kecanggihan itu dan ini, tetapi sekurang-kurangnya penulis masih mengharap agar cara pemikiran kita pada tahun 2020 nanti, lebih matang, bertamadun dan ada siviknya.
Malah cara kerja kita juga sepatutnya lebih smart dan mudah dengan kecanggihan teknologi yang ada.
Bila sebut tentang pemikiran dan cara kerja, penulis terkilan dan kecewa, malah tertanya-tanya di mana silapnya.
Isu besar yang berlaku kurang dua minggu sebelum kita menjengah 2020, tahun yang dinanti-nantikan itu. Ya, isu pesakit kanser tahap empat yang mahu mengeluarkan baki wang carumannya sebanyak RM10,000 di KWSP, tiba-tiba diarah untuk hadir sendiri ke kaunter cawangan Johor Bahru untuk membuat pengesahan identiti menggunakan cap jari.
Isu itu sangat menarik perhatian penulis, malah pasukan editorial Berita AlHijrah pada 22 Disember lalu bersepakat mengetengahkan isu berkenaan dalam slot berita primetime yang disifatkan tidak sepatutnya berlaku. Boleh saja ia dianggap tidak berperikemanusiaan.
Penulis berjaya berhubung dengan adik kepada pesakit berekenen yang meluahkan kekecewaan terhadap apa yang berlaku. Apatah lagi selepas perkongsiannya bersama beberapa keping gambar menjadi viral sehingga mencecah 15,000 perkongsian dan menerima lebih 7,700 ulasan netizan.
Penulis tersentak. Faham dengan perasaan si adik dan keluarga pesakit kanser itu apabila dilayan sebegitu rupa. Salah siapa sebenarnya ni?
Sampaikan si pesakit memang benar-benar hadir sendiri ke kaunter dengan menggunakan stretcher dibawa ambulans dari kediaman pesakit kanser berusia 56 tahun itu?
Bila dikongsi gambar-gambar di kaunter KWSP itu dan beberapa gambar ambulans, macam-macam perkataan keluar daripada mulut penulis dan rakan editor yang tidak jauh mana dengan kata-kata menyumpah seranah, maki hamun netizen yang terpapar di Facebook selepas isu itu viral.
Come on lah… Apa dah jadi dengan negara kita, Malaysia ini? Benarkah prosedur operasi standard (SOP) KWSP untuk proses pengeluaran wang menuntut pencarum hadir ke kaunter meski pun dia kurang upaya, warga emas, pesakit kronik, ibu hamil dan sebagainya?
Sampaikan perlu dibawa ambulans yang disewa dan diusung ke kaunter dengan menggunakan stretcher? Aduh. Bak kata penyampai Berita AlHijrah, Wan Kamarudin Wan Ibrahim ketika mengemudi program berita itu secara live 22 Disember lalu, “Ambulans di pintu belakang, stretcher ke kaunter… kita di negara mana sekarang ni?” .
Penulis
hairan, di mana budi bicaranya? Di mana pertimbangannya? Di mana belas
kasihannya? Di mana sikap kemanusiaannya? Di mana tolak ansurnya? Istighfar
sejenak.
Penulis sampai sekarang belum berpuas hati dengan isu ini. Ya, KWSP telah beri maklum balas menerusi satu kenyataan media, beberapa jam selepas isu itu viral.
Namun takkanlah hanya press statement semata-mata? Sekurang-kurangnya pihak bertanggungjawab KWSP tampil buat sidang media dan perjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang isu dan tindak tanduk yang kurang menyenangkan pesakit kanser itu.
Mungkin boleh diperjelas SOP sebenar dan memohon maaf serta membuat tindakan susulan. Atau mungkin berikrar memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan kepada pencarum dan pada masa sama memastikan ia tidak lagi berulang.
Kalau
beginilah layanan perkhidmatan kepada pelanggan mahu pun pencarum, memang
sukarlah untuk dipadankan dengan impian penulis dan jutaan rakyat Malaysia yang
ingin lihat kemajuan, kematangan komunikasi, perkhidmatan cemerlang, pemikiran
bertamadun dan sikap ihsan sesama masyarakat pada tahun 2020 yang hanya akan
tiba beberapa hari sahaja lagi ini.
KWSP adalah sebuah entiti yang besar, profesional, dihormati dan disegani. Penulis tidak pernah mempunyai masalah dengan pihak KWSP sebelum ini, khususnya ketika berurusan di cawangan Wangsa Melawati yang mesra dan menjalankan tugas dengan baik. Penulis tidak menyalahkan KWSP secara keseluruhan, namun mungkin perlu revisit sebahagian SOP atau menyiasat kakitangan yang bertanggungjawab melayan pesakit kanser berkenaan.
Meski pun
sudah lebih seminggu berlalu, penulis akui, masih ‘skodeng’ laman Facebook
KWSP, Facebook adik pesakit itu sendiri iaitu Puan Nur Sheila Abdullah dan
laman sosial pihak berkaitan untuk mengetahui apa perkembangan kes itu. Puan
Nur Sheila juga ada menjawab pertanyaan penulis, dan menghargai inisiatif
Berita AlHijrah untuk mengetengahkan isu yang menimpa kakaknya itu selama tiga
hari berturut-turut.
Antara yang ditulis Puan Nur Sheila kepada penulis, “Kakak dan kami sedia memaafkan pihak KWSP dengan harapan tiada lagi perkara sebegini berlaku di masa hadapan kepada pencarum-pencarum yang hilang upaya…”.
Penulis mengharapkan perkara ini diambil pengajaran dan iktibar kepada semua. Dalam sesetengah kes, pasti perlu ada pertimbangan kemanusiaan dan tolak ansur, khususnya dalam memberi servis terbaik kepada pelanggan yang hilang upaya.
Ia pasti dihargai oleh mereka yang dibantu kerana mempermudah urusan mereka.
Harapan penulis, pada 2020, biarlah pemikiran kita matang dan profesional. Jika perlu, gunalah budi bicara itu sebaik mungkin, semai sikap ihsan dan rahmah kepada orang di sekeliling kita supaya kita benar-benar memainkan peranan yang terbaik sebagai khalifah di muka bumi. Penulis rayu agar isu sebegini tidak berulang lagi. — AlHijrah Online
Penulis adalah Ketua Jabatan Berita & Hal Ehwal Semasa AlHijrah Media Corporation.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.