Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELARIAN SYRIA TERJEJAS BENCANA DI LUBNAN

DUNIA

PELARIAN SYRIA TERJEJAS BENCANA DI LUBNAN

BEIRUT: Hujan lebat, banjir dan kebakaran pada Jumaat lalu memusnahkan khemah warga Syria di beberapa kawasan di Lubnan, demikian menurut laporan Agensi Berita Kebangsaan.

Xinhua.net melaporkan banjir terbabit memusnahkan khemah pelarian Syria di Akkar, utara Lubnan mendorong Persatuan Palang Merah Lubnan (LRC) untuk memindahkan mangsa pelarian ke penempatan sementara sambil membekalkan selimut buat mereka.

LRC turut meminta bantuan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) bagi menyelamatkan pelarian di tiga khemah yang terkesan akibat hujan lebat di utara Lubnan itu.

Sementara itu, tiga khemah pelarian Syria di Rayak musnah akibat kebakaran.

Lubnan menjadi tuan rumah kepada 1.3 juta pelarian Syria, termasuk 900,000 yang berdaftar dengan UNHCR.

Tiada kem rasmi di Lubnan untuk pelarian Syria menyebabkan mereka terpaksa berlindung dalam khemah yang kurang sesuai untuk kehidupan. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading