KEMBARA KENALI BORNEO JADI ANJAKAN AGENDA PEMBANGUNAN DI SABAH, SARAWAK KE ARAH PENAMBAHBAIKAN – FADILLAH
Kembara Kenali Borneo (KKB) sewajarnya dijadikan anjakan serta batu loncatan agenda pembangunan di Sabah dan Sarawak ke arah penambahbaikan yang lebih baik berbanding sebelumnya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
PUTRAJAYA: Kembara Kenali Borneo (KKB) sewajarnya dijadikan anjakan serta batu loncatan agenda pembangunan di Sabah dan Sarawak ke arah penambahbaikan yang lebih baik berbanding sebelumnya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau yang juga Menteri Penyelaras KKB Yang di-Pertuan Agong itu berkata penambahbaikan itu boleh dilakukan dari segi ekonomi dan infrastruktur seperti jalan raya, pengangkutan darat mahupun laut, pendidikan, dan akses kepada kehidupan yang lebih baik untuk masa depan.
“Bersama-sama kita melaksanakan penilaian dan tindakan untuk memperbaiki mutu kehidupan rakyat di Sabah dan Sarawak, agar kemajuan juga dapat dicapai oleh negeri-negeri Borneo ini, serta memperkasa ekonomi sehingga setanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
KKB diadakan buat julung kali bagi merealisasikan impian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendekati rakyat Sabah dan Sarawak.
KKB bermula di KM 0 Tawau, Sabah dan berakhir di KM 0, Telok Melano, Sarawak, dengan Yang di-Pertuan Agong memandu sendiri sejauh lebih 2,300 kilometer bagi menyantuni rakyat di Borneo khususnya Sabah dan Sarawak selama 11 hari dari 3 Sept hingga 13 Sept.
“Alhamdulillah berkat sokongan padu semua, KKB telah berjalan lancar dan jayanya,” kata Fadillah yang berterima kasih kepada kerajaan Sabah dan Sarawak serta rakyat di kedua-dua negeri yang telah bertungkus lumus menjayakan KKB.
Menurutnya, rakyat pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak, bukan sahaja sanggup menunggu dari pagi sehingga ke tengah malam, malah sanggup berpanas dan berhujan, di tepi jalan di sepanjang laluan konvoi Yang di-Pertuan Agong.
“Mereka turut mengadakan pelbagai persembahan kebudayaan dan mengenakan pakaian tradisional kaum masing-masing secara sukarela serta sanggup memasang lampu telefon bimbit di kawasan gelap tanpa cahaya lampu jalan demi mengalu-alukan konvoi KKB,” katanya.
Menurut Fadillah, Raja Permaisuri Agong beberapa kali menitiskan airmata kerana terharu dan Yang di-Pertuan Agong dalam setiap titah pada majlis santapan malam sepanjang kembara, menzahirkan rasa terharu dan terima kasih Seri Padula atas sambutan luar biasa rakyat Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata banyak iktibar yang diperolehi menerusi kembara tersebut, dan bukan sahaja Malaysia malah satu dunia menyaksikan Ketua Tertinggi Negara menyantuni rakyat di Borneo serta mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat.
“Kembara ini pastinya akan meninggalkan kesan yang begitu membekas di hati rakyat, melihatkan bagaimana Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong mendekati serta menyantuni rakyat jelata dengan penuh sederhana, tanpa sebarang protokol, berjiwa besar dan berjiwa rakyat, sekali gus turut menyelami kesusahan dan keperluan rakyat terutama di luar bandar,” katanya.
Fadillah berkata kembara itu juga menonjolkan betapa seharusnya rakyat jelata dan Raja berpisah tiada.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests