KEMBARA KENALI BORNEO: PELANCONG ASING AMBIL PELUANG BERTEMU AGONG, PERMAISURI
Peluang keemasan tidak disia-siakan pelancong asing ketika bercuti di Sabah apabila mereka juga mengambil kesempatan untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
SANDAKAN: Peluang keemasan tidak disia-siakan pelancong asing ketika bercuti di Sabah apabila mereka juga mengambil kesempatan untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Suasana itu dilihat sebelum Seri Paduka berdua berangkat ke destinasi dijadualkan pada hari ketiga Kembara Kenali Borneo hari ini, yang meneruskan perjalanan dari daerah ini menuju ke Beluran, Telupid, sebelum berakhir di Ranau.
Kelihatan rombongan pelancong sanggup menunggu seawal 8 pagi untuk menyaksikan keberangkatan berlepas Seri Paduka berdua serta rombongan dari Hotel Sabah di sini, untuk menuju ke Pusat Pemulihan Orang Utan di Sepilok.
Mereka yang ditemui hari ini menyifatkan peluang melihat pasangan diraja berkenaan secara bersemuka bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperoleh, lantas, mahu menjadikan detik itu sebagai kenangan ketika melancong di Negeri di Bawah Bayu itu.
Greg Wyman, 65, dari Australia, meluahkan keterujaannya untuk bertemu Al-Sultan Abdullah selepas mengetahui tentang keberangkatan Seri Paduka di hotel berkenaan yang merupakan tempat penginapannya sejak Ahad lepas.
“Kerana di Australia kami tidak ada raja. Yang ada hanya Raja England. Dapat melihat sambutan rakyat terhadap Raja Malaysia adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan, sangat menarik dapat berada di sini,” katanya.
Kim Nichols, 52, yang bercuti di Sabah dengan mengikuti rombongan pelancong seramai 10 orang, sanggup meminta pemandu pelancongnya melewatkan jadual perjalanan percutian mereka hari ini yang sepatutnya bergerak menuju destinasi pelancongan di sekitar daerah ini.
Nichols yang menetap di Newcastle, Australia berkata beliau terlepas peluang menyaksikan keberangkatan tiba Seri Paduka berdua di Hotel Sabah kira-kira 12.30 tengah malam tadi dan berharap dapat bertemu malah bergambar dengan pasangan diraja itu hari ini.
“Saya sangat berharap dapat bertemu pasangan diraja itu pagi ini kerana saya telah menunggu mereka sehingga 4.30 pagi,” katanya yang menginap di hotel berkenaan,” ujarnya.
Usaha Wyman dan Nichols tidak sia-sia apabila hasrat mereka untuk menemui Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri tercapai walaupun seketika.
Sementara itu, keadaan cuaca cerah memberi peluang kepada beberapa pelancong dari luar negara untuk turut mengambil gambar dan merakamkan video keberangkatan Seri Paduka berdua dan konvoi Kembara Kenali Borneo ketika meninggalkan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok pada tengah hari.
Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 Sept bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Kuching sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.
Turut berangkat mengikuti program Kembara Kenali Borneo ialah paduka anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked