Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEORANG PEKERJA KUARI DIKHUATIRI TERTIMBUS DALAM RUNTUHAN BATU

DALAM NEGARA

SEORANG PEKERJA KUARI DIKHUATIRI TERTIMBUS DALAM RUNTUHAN BATU

Seorang pekerja dikhuatiri terperangkap dalam kejadian runtuhan batu di sebuah tapak kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai, Ipoh, hari ini.

IPOH: Seorang pekerja dikhuatiri terperangkap dalam kejadian runtuhan batu di sebuah tapak kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu daripada orang awam pada 10.50 pagi.

“Pihak polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) termasuk agensi yang berkaitan telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang dikatakan tertimbus dalam runtuhan itu. 

“Operasi ini juga turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) yang memantau pergerakan batu dan cerun oleh pakar cerun JMG,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Katanya identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan operasi terbabit akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya telah berusaha mengeluarkan mangsa namun tangan mangsa masih tersangkut di bawah jentera dan belum dapat dikeluarkan sehingga kini.

“Kerja-kerja membawa keluar mangsa dihentikan sementara kerana masih terdapat pergerakan batu yang jatuh dari tebing yang runtuh,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading