Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BUKAN TUKAR BUNGKUSAN BERAS IMPORT TETAPI GANTI KAMPIT PECAH, BERAS BERHABUK – JASMINE

DALAM NEGARA

BUKAN TUKAR BUNGKUSAN BERAS IMPORT TETAPI GANTI KAMPIT PECAH, BERAS BERHABUK – JASMINE

Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd. (JFC) hari ini tampil menafikan video tular di media sosial yang mendakwa beras tempatan telah dibungkus semula menjadi beras import.

SHAH ALAM: Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd. (JFC) hari ini tampil menafikan video tular di media sosial yang mendakwa beras tempatan telah dibungkus semula menjadi beras import.

Dalam kenyataannya, JFC mengesahkan video tular itu telah dirakam di dalam kilang Jasmine di Tunjang, Alor Setar, Kedah pada 2 September 2023 namun menafikan dakwaan yang dinyatakan dalam video tersebut.

“Dakwaan bahawa bungkusan beras yang dibuka merupakan beras tempatan seperti yang dinyatakan di dalam video tersebut adalah tidak benar. Sebaliknya ia adalah Beras Putih Import (BPI).

“Pembungkusan semula BPI merupakan satu proses normal apabila berlaku kejadian kampit pecah atau beras berhabuk sewaktu kampit beras berada di kedai dan pasar raya,” kata kenyataan itu.

Jelas JFC proses itu dibuat untuk memastikan kualiti beras keluaran JFC sentiasa berada di dalam keadaan yang baik sewaktu dibeli oleh pelanggan.

“JFC mengamalkan polisi gantian semula kepada pemborong bagi beras-beras yang tidak menepati kualiti dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Selain itu JFC menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan maklumat palsu atau membuat sebarang spekulasi yang boleh mendatangkan kekeliruan dan syarikat itu tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang cuba memburukkan nama baik syarikat. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading