KUALA LUMPUR: Hari Hijab Sedunia merupakan program tahunan yang diraikan pada 1 Februari setiap tahun bermula pada 2013.
Tujuan pelaksanaan Hari Hijab Sedunia adalah untuk menggalakkan wanita dari pelbagai latar belakang dan agama untuk berhijab serta merasai pengalaman bertudung.
TV AlHijrah sebagai platform media Islam akan turut menggerakkan Kempen Hari Hijab Sedunia bermula 1 hingga 14 Februari ini bagi memartabatkan wanita berhijab dalam pelbagai bidang.
Bertemakan Memperkasakan Wanita, pelbagai program telah disusun sempena sambutan tersebut.
Antaranya program bual bicara, Analisis, menjemput pelakon Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan bagi membincangkan topik diskriminasi terhadap wanita berhijab.
Ia susulan, perkongsian Mia Sara baru-baru ini berhubung tindakan tidak bertanggungjawab sebuah produksi yang memintanya untuk membuka tudung bagi tujuan penggambaran.
Selain itu, program bual bicara pagi, Assalamualaikum akan turut meraikan Hari Hijab Sedunia pada 1 Februari ini dengan menjemput personaliti dan pendakwah berkaitan bagi membincangkan topik hijab.
Kempen Hari Hijab Sedunia TV AlHijrah juga akan membawakan program temu bual bersama Diana Amir dan Kilafairy untuk berkongsi pengalaman penghijrahan mereka berhijab.
Sempena kempen tersebut juga, bermula 1 Februari ini para penonton program Cinta Ilmu berpeluang untuk memenangi hadiah “wafer gold” yang ditaja Makmur Gold.
Peserta perlu mengumpul soalan pada setiap episod Cinta Ilmu dan pemenang akan dipilih secara bulanan.
Majlis pelancaran Hari Hijab Sedunia di TV AlHijrah berlangsung pada 1 Februari 2021 dengan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, serta Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris.
Upacara pelancaran Hari Hijab Sedunia tersebut turut diserikan dengan pemberian 200 cenderahati daripada Koperasi Muafakat Makmur Gold Berhad kepada kakitangan TV AlHijrah sempena kempen tersebut.
Sumbangan diserahkan Pengerusi Koperasi Muafakat Makmur Gold Berhad, Hishamuddin Abdullah kepada Pengurus Besar Kejuteraan Penyiaran TV AlHijrah, Suffian Yahya.– AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests