‘KEPUTUSAN SPM 2022 DIUMUM 25 MEI’ ADALAH PALSU

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan maklumat yang tular mendakwa tarikh pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 pada 25 Mei 2023.

Dalam kenyataan ringkas di Facebook, KPM memaklumkan tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung tarikh keputusan SPM seperti yang ditularkan.

“Sebarang kenyataan rasmi hanya akan disampaikan menerusi portal dan laman media sosial rasmi KPM,” ujar KPM. — AlHijrah Online

Leave a Reply