Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEBAKARAN: MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA, TIADA KEMALANGAN JIWA

DALAM NEGARA

KEBAKARAN: MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA, TIADA KEMALANGAN JIWA

Kebakaran pagi tadi dilaporkan berpunca dari sebuah bilik pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pusat membeli-belah itu yang terbakar.

Image

KUALA LUMPUR: Pusat membeli-belah Mid Valley City di sini akan ditutup sementara waktu berikutan insiden kebakaran yang berlaku pagi tadi.

Pihak pengurusan Mid Valley City dalam kenyataan memaklumkan, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

“Pihak bomba kini berada di tempat kejadian menjalankan semua siasatan yang diperlukan dan memastikan premis selamat tanpa gangguan lagi terhadap operasi pusat membeli-belah.

“Bagi mengutamakan keselamatan pengunjung, bekalan elektrik di pusat beli-belah itu akan mengalami gangguan sementara sehingga mendapat arahan selanjutnya dari pihak berkuasa,” jelas hantaran menerusi Facebook Mid Valley.

Kebakaran pagi tadi dilaporkan berpunca dari sebuah bilik pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pusat membeli-belah itu yang terbakar. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading