KERAJAAN CADANG WUJUDKAN SISTEM ADUAN ‘PENCURI’ KANDUNGAN BERITA
Kementerian Komunikasi bercadang untuk membangunkan satu sistem asas supaya pemilik berita atau pencipta kandungan boleh membuat aduan sekiranya kandungan itu digunakan tanpa kebenaran.
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi bercadang untuk membangunkan satu sistem asas supaya pemilik berita atau pencipta kandungan boleh membuat aduan sekiranya kandungan itu digunakan tanpa kebenaran.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ini kerana bahan berita yang diambil dan ‘dicedok’ lalu dimuat naik tanpa kebenaran akan mengakibatkan maklumat itu disalah tafsir atau diubah suai seolah-olah ia dilaporkan oleh media asal.
“Saya melihat kita perlu ada satu sistem asas dengan pemilik asal kepada berita itu boleh membuat aduan, sebagai contoh, kepada MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) supaya boleh diambil tindakan.
”Jadi di sini (sistem ini) belum lagi kita wujudkan, tetapi insya-Allah boleh dibangunkan satu sistem yg mudah supaya kandungan hak cipta itu dapat kita jamin untuk mereka yang telah menghasilkannya,” katanya pada sidang media selepas program Maxis 5G-Advanced Trial Showcase, hari ini.
Mengenai isu lain, Fahmi menegaskan bahawa versi terkini Kod Etika Wartawan Malaysia tidak akan menyekat kebebasan media di negara ini sambil menafikan dakwaan bahawa kod itu adalah percubaan untuk mengawal kebebasan media dan bersuara.
Malah, beliau berkata beberapa komen mengenai versi semakan kod itu adalah tidak adil terhadap Jabatan Penerangan (JaPen) dan Institut Akhbar Malaysia (MPI), yang telah merangkanya.
“Jika anda melihat kod etika asal, ia termasuk frasa seperti membendung komunisme yang tidak lagi menjadi isu di Malaysia kerana ia tidak lagi wujud. Jadi ia agak anakronistik.
“Jika anda membandingkan (kod asal dan kod yang disemak) ia hampir sama, masih terdapat lapan perkara utama dalam dokumen. Tiada kaitan dengan mengekang kebebasan media,” tambahnya.
Fahmi berkata kod itu perlu dikemas kini terutama dalam era kecerdasan buatan, blog dan media dalam talian yang belum wujud apabila kod asal itu diperkenalkan.
Kod Etika Wartawan Malaysia adalah inisiatif Kementerian Komunikasi melalui Jabatan Penerangan (JaPen) dan menggariskan lapan tanggungjawab utama wartawan.
Selain sebagai suara masyarakat majmuk dan agen pemudah cara dialog, wartawan juga perlu telus dan berintegriti ketika menjalankan tugas.
Wartawan juga digalakkan supaya konsisten berlaku adil dalam menyampaikan maklumat dan tidak dipengaruhi oleh kepentingan peribadi.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests