Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TABUNG MUSA’ADAH JAKIM-YWM KUMPUL RM14.5 JUTA

DALAM NEGARA

TABUNG MUSA’ADAH JAKIM-YWM KUMPUL RM14.5 JUTA

Tabung Musa’adah Jabatan Kemajuan Islam – Yayasan Waqaf (JAKIM-YWM) bagi Misi Bantuan Kemanusiaan Kepada Rakyat Palestin berjaya mengumpul dana sebanyak RM14.5 juta sejak ia dilancarkan Oktober lepas.

Sumber gambar: JAKIM

PUTRAJAYA: Tabung Musa’adah Jabatan Kemajuan Islam – Yayasan Waqaf (JAKIM-YWM) bagi Misi Bantuan Kemanusiaan Kepada Rakyat Palestin berjaya mengumpul dana sebanyak RM14.5 juta sejak ia dilancarkan Oktober lepas.

Unit Komunikasi Korporat JAKIM dalam kenyataan hari ini memaklumkan hasil kutipan itu telah diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam satu majlis pagi tadi.

“Sumbangan ini akan disalurkan kepada Kementerian Luar dan badan bukan kerajaan Islam yang diiktiraf oleh kerajaan untuk disampaikan kepada mangsa peperangan di Palestin,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan dana itu hasil sumbangan daripada pelbagai pihak terdiri daripada pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri iaitu Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri, agensi-agensi di JPM (Hal Ehwal Agama), syarikat-syarikat korporat serta orang awam.

Tabung Musa’adah JAKIM-YWM, yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Okt lepas, merupakan solidariti rakyat Malaysia bagi membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading