Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Kerajaan diminta pertimbang stesen ECRL Tok Bali

DALAM NEGARA

Kerajaan diminta pertimbang stesen ECRL Tok Bali


KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan rayuan kerajaan Kelantan yang memerlukan stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Tok Bali, Pasir Puteh.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor berkata ia penting untuk perkhidmatan penumpang dan kargo kerana ramai penduduk di Kelantan adalah usahawan dan memerlukan pengangkutan yang cepat untuk menghantar produk mereka ke negeri-negeri pantai Barat.

“Kerajaan boleh menjadualkan laluan antara gerabak kargo dan penumpang secara berasingan tetapi menggunakan rel yang sama bagi menjimatkan kos dan masa perjalanan.

“Kalau guna keretapi yang sama untuk penumpang dan kargo mungkin akan menambah masa perjalanan,” katanya menurut laporan dipetik Bernama, di Pasir Puteh.

Semalam, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dilaporkan merayu agar kerajaan Persekutuan membina ECRL di Tok Bali dengan fungsi stesen muatan kargo dan penumpang.

Kamaruddin berkata kerajaan Persekutuan juga perlu mempertimbangkan tambang yang kompetitif agar ECRL mampu bersaing dengan pengangkutan darat dan udara.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading