Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN NILAI SEMULA S.O.P., BUKAN TAMATKAN PKP – ISMAIL SABRI

DALAM NEGARA

KERAJAAN NILAI SEMULA S.O.P., BUKAN TAMATKAN PKP – ISMAIL SABRI

Sumber: ARKIB

JOHOR BAHRU: Kerajaan akan menilai semula pelaksanaan ketat prosedur operasi standard (SOP) sekatan penuh pergerakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuat kuasa sejak 1 Jun lepas, jika jumlah jangkitan harian COVID-19 turun bawah 4,000 kes.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, itu tidak bermakna kerajaan akan menamatkan PKP.

“Saya dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bahawa apabila sampai ‘level’ 4,000 kes, kita akan ‘review’ balik PKP ini.

“Bukan bermakna kita tamatkan PKP, tapi mungkin kita ‘review’ balik dari segi SOP yang mana boleh kita longgarkan sedikit,” katanya selepas melawat Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Tambah beliau, Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat syor mengenai langkah yang boleh diambil sekiranya angka jangkitan harian turun ke paras 4,000 kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada mesyuarat khas akan datang.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading