Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: 15 JEMAAH MASJID MENINGGAL DUNIA DALAM DUA MINGGU

DALAM NEGARA

COVID-19: 15 JEMAAH MASJID MENINGGAL DUNIA DALAM DUA MINGGU

Sumber Gambar: BERNAMA

ALOR SETAR: Seramai 15 jemaah masjid di Taman Mahsuri, Jitra meninggal dunia selepas dijangkiti COVID-19.

Perkara tersebut disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman.

Menurutnya, kematian dalam kalangan jemaah masjid itu berlaku sejak dua minggu lalu.

“Maklumat ini saya perolehi daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah.

“Virus ini merebak sejak tercetusnya kluster di Taman Mahsuri yang turut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula 18 Mei hingga 31 Mei lalu,” katanya.

Mohd Hayati mengulas selepas tular sebuah video dan mesej di media sosial yang mendakwa beberapa ahli jemaah masjid di Taman Mahsuri meninggal dunia akibat COVID-19.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan virus COVID-19 sangat bahaya selepas dibuktikan dengan kematian tersebut yang meragut nyawa ramai orang dalam waktu yang singkat.

“Kita harapkan virus ini cepat-cepatlah pergi. Kita juga harap orang ramai terus mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin seterusnya kita dapat membentuk imuniti berkelompok,” katanya.-AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading