Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERANI DIDAKWA MILIKI BUKU BERKAITAN PENGGANAS

DALAM NEGARA

KERANI DIDAKWA MILIKI BUKU BERKAITAN PENGGANAS

MAHKAMAH LUMUT, 8 Jun – Seorang kerani syarikat swasta dihadapkan di Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini hari ini atas pertuduhan memiliki buku dan dokumen yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Rafidah Juma’at, 26, yang kelihatan tenang selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Shaqira Ibrahim. Rafidah didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung, pada 24 Mac lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak terhadap mana-mana bahan penerbitan tersebut, jika sabit kesalahan. Mahkamah menetapkan 28 Julai depan bagi sebutan semula kes untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading