Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERETA TERJUNAM DALAM TALI AIR, KANAK-KANAK LEMAS TIDAK SEMPAT DISELAMATKAN

DALAM NEGARA

KERETA TERJUNAM DALAM TALI AIR, KANAK-KANAK LEMAS TIDAK SEMPAT DISELAMATKAN

Wanita itu bagaimanapun tidak sempat menarik anak lelakinya yang duduk di tempat duduk belakang kerana kereta semakin tenggelam dalam situasi hujan lebat dan paras air dalam.

Pasukan SAR ketika melakukan pencarian mangsa.
(Sumber gambar: Jabatan Bomba dan Penyelamat)

KAMPUNG GAJAH: Seorang kanak-kanak lelaki lima tahun ditemui lemas selepas kereta yang dinaiki terjunam ke dalam tali air sedalam 3.65 meter di Kampung Bukit Chawi, Kampung Gajah petang semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, mayat Muhamad Harith Sulayman Mohd Hanis, 5, ditemui pada 8.15 malam.

Beliau berkata, dalam kejadian pada 5.30 petang itu, mangsa bersama adik perempuannya berusia empat tahun menaiki kereta Honda City dipandu ibu mereka berusia 30 tahun.

Tiga beranak itu dalam perjalanan dari Malim Nawar ke Kampung Ulu Dedap, Jejawi untuk mengambil anak bongsu di rumah pengasuh.

Ujar Barudin, kereta dipandu ibu mangsa gagal dikawal apabila tiba di selekoh yang ada takungan air lalu terbabas ke kanan jalan dan melanggar besi kunci air sebelum terjunam masuk ke dalam tali air.

Katanya, wanita itu dapat membuka cermin kereta dan menarik anak perempuannya sebelum mereka diselamatkan orang awam yang melalui kawasan berkenaan.

Wanita itu bagaimanapun tidak sempat menarik anak lelakinya yang duduk di tempat duduk belakang kerana kereta semakin tenggelam dalam situasi hujan lebat dan paras air dalam.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai kereta dalam keadaan terbalik pada 7.50 malam kira-kira 80 meter dari lokasi kejadian sebelum mengesan mangsa pada 8.15 malam dan jasad kanak-kanak itu dibawa keluar.

Tambah Barudin, ibu mangsa dan anak perempuan tidak mengalami kecederaan, manakala mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Changkat Melintang untuk proses lanjut.

Operasi SAR membabitkan polis dari Balai Kampung Gajah dan Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah dengan turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Teluk Intan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading