Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HAKIMAH CIPTA SEJARAH WANITA PERTAMA DILANTIK KETUA PENGARAH JAKIM

DALAM NEGARA

HAKIMAH CIPTA SEJARAH WANITA PERTAMA DILANTIK KETUA PENGARAH JAKIM

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Hakimah Mohd Yusoff sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkuatkuasa pada 21 Mac 2022.

Menurut Mohd Zuki, pelantikan itu menjadi sejarah kepada JAKIM apabila buat pertama kali diterajui oleh wanita sekaligus meningkatkan pembabitan wanita sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam.

“Pemilihan Hakimah berdasarkan perkhidmatannya selama 30 tahun khususnya di JAKIM.

“Kerjaya beliau dalam perkhidmatan awam bermula sebagai Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM pada 1992. Beliau juga sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM,” kata Mohd Zuki dalam kenyataan hari ini.

Hakimah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari Universiti Malaya (UM) pada 1990 dan Ijazah Sarjana dari Universiti Putra Malaysia pada 2001.

Mohd Zuki berharap dengan pelantikan Hakimah dapat memacu JAKIM ke arah memperkasa peranannya sebagai agensi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan yang kompetitif serta berdaya saing di peringkat global.

Jawatan Ketua Pengarah Jakim kosong sejak November tahun lalu selepas Datuk Abdul Aziz Jusoh bersara wajib.– AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading