Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEROPOK BERACUN: LELAKI DIREMAN ENAM HARI

DALAM NEGARA

KEROPOK BERACUN: LELAKI DIREMAN ENAM HARI

KULIM: Seorang lelaki direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes dua kanak-kanak termakan makanan ringan mengandungi racun tikus dalam kejadian di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, di sini, Ahad lepas.

Perintah reman dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Kulim Mirza Mohamad bagi siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.

Terdahulu lelaki yang berpakaian lokap itu dilihat tiba di Kompleks Mahkamah Kulim kira-kira pukul 8 pagi.

Media sebelum ini melaporkan dua kanak-kanak, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, dan adiknya Muhammad Luth Syauqi, 2, kritikal selepas termakan makanan ringan disyaki mengandungi racun di kawasan kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, di sini Ahad lepas.

Kedua-dua kanak-kanak itu dipercayai mengambil peket makanan ringan yang digantung di dawai besi pagar kebun oleh pemilik kebun berkenaan bagi memerangkap monyet.

Kejadian itu disedari ibu kanak-kanak berkenaan pada pukul 11 pagi selepas melihat kedua-dua anaknya muntah, dan mereka kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Malau sebelum dihantar ke Hospital Kulim dan seterusnya ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Muhammad Akil Syauqi bagaimanapun meninggal dunia pada pukul 8.40 pagi semalam manakala adiknya masih dirawat di HPP dan dilaporkan masih belum sedar. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading