Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Ahmad Zaki Hamzah (dua, kanan) bersama pegawainya menunjukkan barangan rampasan pada sidang media mengenai tangkapan ajaran sesat Millah Abraham, di Pusat Dakwah Islamiah Paroi hari ini.
SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menahan tiga beranak disyaki pengikut ajaran sesat yang difatwakan haram iaitu Millah Abraham, kira-kira 6 petang semalam
Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS Ahmad Zaki Hamzah berkata pasangan suami isteri berusia lingkungan 40-an itu ditahan di sebuah rumah yang disewa sejak enam bulan lepas di Felda Sungai Kelamah, Tampin.
Manakala anak lelaki mereka berusia 16 tahun yang tidak bersekolah ditahan di kediaman asal keluarga berkenaan di Felda Palong 3, Jempol.
“Ketika ditahan mereka tidak menjalankan sebarang aktiviti tetapi siasatan mendapati mereka merupakan pengikut kepada ajaran itu. Turut dirampas 15 barang dan dokumen termasuk buku nota, komputer riba dan telefon bimbit,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.
Fatwa dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Sembilan pada 2019 menyatakan ajaran atau fahaman berkenaan bercanggah dengan hukum Islam.
Ahmad Zaki berkata mereka yang ditahan dikesan merekrut dan menyebarkan ajaran itu kepada keluarga terdekat serta penduduk setempat selain dipercayai telah aktif lebih setahun berdasarkan risikan serta maklumat awam.
Beliau berkata antara ajaran diamalkan termasuk mempercayai kewujudan nabi baharu, mempunyai syahadah berbeza selain cuba menggabungkan tiga agama iaitu Islam, Yahudi dan Nasrani selain sembelihan bukan ahli adalah haram.
“Mereka bergerak secara sembunyi seperti di restoran atau kedai makan, kita percaya ahli bukan sahaja di negeri ini tetapi seluruh negara dan ada yang dalam kalangan profesional,” katanya.
Ketiga-ketiga mereka ditahan mengikut Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 iaitu berkaitan dengan ajaran meragukan.
Menurut Ahmad Zaki, operasi itu rentetan daripada serbuan ajaran sesat Millah Abraham di Kampung Sri Repah, Tampin pada 2019. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked