Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NOTIS PEMAKLUMAN PEMBUBARAN DUN NEGERI SEMBILAN DISERAH KEPADA SPR HARI INI

NOTIS PEMAKLUMAN PEMBUBARAN DUN NEGERI SEMBILAN DISERAH KEPADA SPR HARI INI

Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan, MK Ibrahim Abd Rahman berkata beliau akan menandatangani notis berkenaan sebelum ia dihantar kepada SPR untuk tindakan selanjutnya.

Seremban: Notis pemakluman rasmi mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini bagi membolehkan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) dilaksanakan.

Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan, MK Ibrahim Abd Rahman berkata beliau akan menandatangani notis berkenaan sebelum ia dihantar kepada SPR untuk tindakan selanjutnya.

Menurut beliau, penyerahan notis itu bertujuan memaklumkan secara rasmi kepada SPR mengenai pembubaran DUN yang telah diperkenankan oleh Tuanku Muhriz Tuanku Munawir semalam.

“Selepas saya tandatangan, notis itu akan dihantar kepada SPR hari ini juga. Terpulang kepada SPR untuk bertindak atas notis itu bagi menentukan masa yang sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN),” katanya kepada media hari ini.

Semalam, Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun mengumumkan DUN negeri itu dibubarkan berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada PRN yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

Pada PRN ke-15 yang berlangsung pada 2023, gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menguasai 31 daripada 36 kerusi DUN.

PH memenangi 17 kerusi manakala BN memperoleh 14 kerusi, sementara Perikatan Nasional (PN) memenangi lima kerusi.

Negeri Sembilan menjadi negeri kedua membubarkan DUN bagi membuka laluan kepada PRN selepas Johor mengambil langkah sama pada Isnin lalu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading