Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PENYELUK SAKU DIREMAN, DISAHKAN POSITIF DADAH

DALAM NEGARA

PENYELUK SAKU DIREMAN, DISAHKAN POSITIF DADAH

Seorang lelaki dipercayai mengambil telefon bimbit milik seorang wanita secara pickpocket sebelum berpura-pura membantu mencari telefon berkenaan dan meminta “duit kopi” sebanyak RM200.

MELAKA: Seorang lelaki ditahan pihak polis selepas dipercayai terlibat dalam kejadian seluk saku di Kampung Morten, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Halim Abas berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa seorang wanita tempatan berhubung kejadian itu kira-kira 2.06 pagi hari ini.

“Berdasarkan rakaman video yang tular, seorang lelaki dipercayai mengambil telefon bimbit milik seorang wanita secara pickpocket sebelum berpura-pura membantu mencari telefon berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suspek didapati positif dadah selepas ujian saringan awal air kencing dijalankan.

“Suspek berumur lingkungan 30-an dan mempunyai 13 rekod kesalahan lampau, iaitu satu kes jenayah dan 12 kes berkaitan dadah.

“Semakan lanjut mendapati suspek pernah beberapa kali ditangkap atas kesalahan berkaitan dadah dan hasil ujian air kencing didapati positif,” katanya.

Lelaki itu direman tiga hari sehingga Sabtu untuk siasatan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan.

Baru-baru ini mangsa telah memuat naik video di aplikasi Threads memaparkan seorang individu lelaki mendakwa telah menjumpai telefon milik mangsa yang dikatakan hilang pada waktu kejadian.

Dia dipercayai meminta “duit kopi” sebanyak RM200 sebelum meninggalkan lokasi. –AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading