Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MAYAT REPUT DITEMUKAN DALAM SEMAK

DALAM NEGARA

MAYAT REPUT DITEMUKAN DALAM SEMAK

Identiti si mati gagal dikenal pasti, dipercayai telah meninggal dunia lebih seminggu berdasarkan keadaan mayat.

SHAH ALAM: Satu mayat lelaki yang telah reput ditemui oleh pihak polis di kawasan semak berdekatan Jalan Persiaran Balairong U8, Bukit Jelutong, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Sarudin Samah berkata pihaknya menerima laporan oleh orang awam pada Isnin kira-kira jam 2.45 petang, sebelum menghantar pasukan polis ke lokasi kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati identiti si mati gagal dikenal pasti berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai bersamanya di tempat kejadian,

“Pemeriksaan ke atas fizikal badan si mati juga tidak dapat dijalankan memandangkan keadaannya yang telah reput, dipercayai telah meninggal dunia lebih seminggu berdasarkan keadaan mayat,” katanya.

Beliau berkata mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam bagi proses bedah siasat.

Tambahnya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan menggesa orang ramai yang mempunya sebarang maklumat untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Fildza Che Ibrahim di talian 016-953 7372 bagi membantu siasatan. –AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading