Connect with us

ALHIJRAH NEWS

12 BAYI MERDEKA JADI HADIAH BUAT 31 OGOS

DALAM NEGARA

12 BAYI MERDEKA JADI HADIAH BUAT 31 OGOS

Kelahiran 12 orang Bayi Merdeka, masing-masing 6 lelaki dan 6 perempuan di Hospital Tunku Azizah (HTA) hari ini menjadi hadiah istimewa sempena Hari Kebangsaan ke-69.

KUALA LUMPUR: Seramai 12 bayi dilahirkan pada Hari Kebangsaan di Hospital Tunku Azizah (HTA), dengan masing-masing enam lelaki dan enam perempuan setakat 12 tengah hari tadi.

Pengarah Hospital Tunku Azizah, Dr. Shamsul bin Kamarudin berkata, bayi terawal dilaporkan lahir pada jam 12.05 pagi dan yang kedua belas direkodkan pada jam 12 tengah hari.

“Sehingga tahun 2025, HTA telah merekodkan sebanyak 114 kelahiran pada 31 Ogos yang menjadi simbol harapan dan masa depan Malaysia,” katanya.

Menurut Asyikin Mat Yeng @ Mat Zeng, dia meluahkan rasa gembira apabila dapat melahirkan anak keduanya itu pada Hari Kebangsaan tahun ini.

“Saya tak jangka nak bersalin tarikh 31 Ogos sebab tarikh bersalin yang sebenarnya 17 September,

“Saya sebenarnya dah bercadang untuk balik ke Kelantan dan bersalin di sana.” katanya.

Tambah Asyikin, anak keduanya ini mencatatkan satu lagi tarikh bermakna selepas kelahiran anak sulungnya pada tahun baharu 1 Januari lalu.

Buat Siti Zulaikha M. Jasin, dia juga tidak menjangkakan pengalaman bersalin kali pertamanya akan jatuh pada tarikh keramat.

“Saya memang tak jangkalah untuk bersalin hari Kemerdekaan dan jadi yang pertama lahirkan bayi jam 12.05 pagi tadi,” katanya. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading