Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KONTRAKTOR PERLU BUKTIKAN KENAIKAN KOS BAHAN BINAAN JIKA MAHU UBAH HARGA

UTAMA

KONTRAKTOR PERLU BUKTIKAN KENAIKAN KOS BAHAN BINAAN JIKA MAHU UBAH HARGA

Kontraktor yang mendakwa berlaku kenaikan mendadak harga bahan binaan diminta mengemukakan bukti dan maklumat kos sebenar kepada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi membolehkan kerajaan menilai keperluan melaksanakan Syarat Perubahan Harga (VOP).

PASIR PUTEH: Kontraktor yang mendakwa berlaku kenaikan mendadak harga bahan binaan diminta mengemukakan bukti dan maklumat kos sebenar kepada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi membolehkan kerajaan menilai keperluan melaksanakan Syarat Perubahan Harga (VOP).

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, data DOSM bertarikh 10 Ogos menunjukkan kebanyakan bahan binaan seperti besi dan simen hanya mencatatkan kenaikan kecil, iaitu kurang daripada satu peratus.

Bagaimanapun, beliau mengakui terdapat bahan tertentu seperti pasir yang merekodkan peningkatan sehingga 19 peratus di beberapa kawasan.

“Kalau tidak tepat, persatuan-persatuan yang terlibat hendaklah memberi maklum balas kepada DOSM dengan bukti-bukti bahawa statistik itu tidak tepat dan nyatakan apakah yang tidak tepat.

“Kami terpaksa guna statistik yang diberi DOSM. Kalau DOSM kata tidak naik lebih daripada satu peratus, itulah yang kami nak nyatakan. Kalau tidak naik lebih satu peratus, macam mana kita nak beri VOP?” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan bangunan tambahan Kolej Matrikulasi Kelantan kepada Kementerian Pendidikan, di sini, hari ini.

Menurut Ahmad, kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mempertimbangkan pelaksanaan VOP sekiranya terdapat bukti kukuh yang menunjukkan kenaikan mendadak harga bahan binaan sehingga memberi kesan kepada kos projek.

“Selagi tidak ada data yang menunjukkan bahawa kenaikan itu melambung-lambung, bagaimana kami nak beri VOP? Kalau sah ada kenaikan yang melambung-lambung tinggi pelbagai sudut, pelbagai bahan, maka pertimbangan barulah boleh diberi,” katanya.

Beliau turut menggesa persatuan kontraktor termasuk Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia, kontraktor Kelas F dan persatuan perniagaan lain supaya mengemukakan invois serta bukti berkaitan kos bahan binaan kepada DOSM bagi menggambarkan keadaan sebenar di lapangan.

Pada April lalu, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia menggesa kerajaan mengaktifkan semula mekanisme VOP bagi membantu kontraktor yang berdepan peningkatan kos susulan krisis tenaga global.

Presidennya, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz dilaporkan berkata, mekanisme itu pernah dilaksanakan ketika negara berdepan krisis termasuk semasa pandemik COVID-19 dan terbukti membantu kontraktor menangani kenaikan kos. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading