Status quo sejarah di Masjid Al-Aqsa semakin merosot dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, berikutan sekatan yang semakin ketat ke atas umat Islam dan cabaran yang kian bertambah terhadap aturan lama yang mengurus tapak suci berkenaan.
KUALA LUMPUR: Status quo sejarah di Masjid Al-Aqsa semakin merosot dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, berikutan sekatan yang semakin ketat ke atas umat Islam dan cabaran yang kian bertambah terhadap aturan lama yang mengurus tapak suci berkenaan.
Timbalan Pengerusi Majlis Waqaf Islam di Baitulmuqaddis Dr Mustafa Abu Sway berkata pasukan keselamatan Israel dilihat menghalang orang ramai saban hari, termasuk golongan muda, wanita, dan kadangkala warga emas, sekali gus merampas hak mereka untuk berada di masjid itu.
“Jadi tiada kebebasan bergerak, tiada kebebasan beribadat, secara hakikatnya, di Masjid Al-Aqsa,” katanya semasa wawancara video secara langsung dari Masjid Al-Aqsa dan Kubah As-Sakhrah menerusi program Bernama World terbitan Bernama TV, baru-baru ini.
Beliau berkata demikian ketika mengupas topik “Palestine Beyond The Headlines: Protecting The Sanctity And Future Of Al-Aqsa Mosque.”
Abu Sway dilantik sebagai pemegang Kerusi Integral pertama bagi Pengajian Karya Imam Ghazali di Masjid Al-Aqsa dan Universiti Al-Quds pada 2012.
Selain Majlis Waqaf Islam di Baitulmuqaddis, beliau juga merupakan ahli Dana Bani Hashim bagi Pemuliharaan Masjid Al-Aqsa dan Kubah As-Sakhrah.
Beliau berkata status quo sejarah, yang ditetapkan menerusi dekri Uthmaniyyah pada abad ke-19, membenarkan umat Islam beribadat di Al-Aqsa, manakala penganut agama lain boleh melawat di bawah pentadbiran Wakaf Islam, yang merupakan sebahagian daripada Kementerian Wakaf Jordan.
Beliau berkata aturan berkenaan semakin dicabar sejak tahun 2000, apabila pemimpin pembangkang Israel ketika itu, Ariel Sharon, melakukan kunjungan provokatif ke Al-Aqsa diiringi pasukan keselamatan. Abu Sway berkata kunjungan itu mencetuskan intifada (kebangkitan) kedua oleh rakyat Palestin.
“Secara perlahan-lahan, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, di bawah kepimpinan Ben-Gvir, Menteri Keselamatan Nasional Israel, beliau telah mengubah keadaan dengan membenarkan peneroka beribadat.
Malah, bahagian tertentu di masjid itu tidak dibenarkan untuk dimasuki umat Islam semasa pencerobohan mereka,” katanya.
Abu Sway berkata perkembangan itu menimbulkan “cabaran dan risiko besar” kepada status quo sejarah masjid berkenaan.
“Pemimpin politik berkenaan, setiap kali mereka mahu meningkatkan sokongan di peti undi, mereka sama ada melakukan atau menyatakan sesuatu yang tidak bertanggungjawab mengenai Masjid Al-Aqsa, dan inilah punca peningkatan elemen pelampau yang menceroboh ke dalam Masjid Al-Aqsa.
“Tiada pengiktirafan terhadap Masjid Al-Aqsa dalam naratif mereka. Jadi, apabila mereka mengemukakan petisyen kepada Mahkamah Tinggi Israel, tiada sebarang sebutan mengenai Masjid Al-Aqsa langsung. Mereka hanya bercakap mengenai ‘Temple Mount’. Jadi, ini adalah isu yang sangat serius dan boleh mencetuskan konflik yang melangkaui rantau ini,” katanya.
Abu Sway berkata Al-Aqsa adalah sebahagian daripada akidah dan identiti umat Islam di seluruh dunia, termasuk di Asia Tenggara. Ia berkait rapat dengan peristiwa Isra’ Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Baitulmuqaddis. Di Baitulmuqaddis, baginda mengimami para nabi lain dalam solat di masjid berkenaan.
“Keseluruhan Kompleks Al-Aqsa adalah sebahagian daripada Masjid Al-Aqsa dan bukannya satu bangunan khusus. Negara dan negeri Muslim mempunyai peranan serta tanggungjawab untuk menyokong Jordan pada forum antarabangsa berkaitan, dan kami fikir Malaysia merupakan sebuah negara penting yang boleh memainkan peranan penting dalam pemeliharaan Al-Aqsa,” katanya.
Mengenai peranan Jordan sebagai penjaga kepada tapak suci Muslim dan Kristian di Baitulmuqaddis, Abu Sway berkata apa yang diperlukan ialah pengiktirafan antarabangsa yang meluas di atas peranan Jordan itu.
“Apa yang diperlukan ialah kita perlukan seluruh dunia Arab dan Muslim, malah masyarakat antarabangsa untuk mengiktiraf penjagaan tapak suci itu yang dilakukan Jordan, dan kami ingin melihat peranan lebih aktif yang dimainkan oleh negara Arab dan Muslim serta negara sahabat untuk keamanan dan kestabilan,” katanya.
Beliau juga menyeru menteri-menteri luar dan pemimpin-pemimpin utama untuk bercakap mengenai Masjid Al-Aqsa, bagi menghentikan pencerobohan ini dan menyelaras dengan Jordan untuk langkah seterusnya.
Mengenai situasi secara keseluruhan, Abu Sway berkata usaha mengakhiri pendudukan dan kembali kepada penyelesaian dua negara memerlukan pelan tindakan utama yang serius, sambil menegaskan bahawa tiada keamanan boleh dicapai tanpa pengiktirafan terhadap hak keagamaan, sejarah, dan politik rakyat Palestin.
— BERNAMA
TAG: Masjid Al-Aqsa, Kubah As-Sakhrah, pencerobohan, Israel, status quo, tapak suci NAMBS MAS MK
Tuesday , 18 August 2026
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests