Connect with us

ALHIJRAH NEWS

RM56,000 HANGUS, PELAJAR IPTA TERPEDAYA “LOVE SCAM” DI TELEGRAM

JENAYAH

RM56,000 HANGUS, PELAJAR IPTA TERPEDAYA “LOVE SCAM” DI TELEGRAM

Seorang pelajar institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) kerugian RM56,375 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan cinta atau “love scam” yang bermula melalui aplikasi Telegram sejak Mei lalu.

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) kerugian RM56,375 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan cinta atau “love scam” yang bermula melalui aplikasi Telegram sejak Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa berusia 22 tahun itu berkenalan dengan seorang wanita menerusi aplikasi berkenaan pada 11 Mei lalu.

Mangsa hanya berhubung dengan suspek melalui Telegram dan tidak mempunyai nombor telefon wanita terbabit, sebaliknya hanya mengetahui nama yang dipaparkan pada akaun media sosial berkenaan.

“Suspek yang mendakwa bekerja dengan sebuah syarikat pemasaran dalam talian di Kuala Lumpur kemudian meminta untuk meminjam wang daripada mangsa bagi membuat bayaran kepada syarikat berkenaan.

“Mangsa turut ditawarkan untuk menjalinkan hubungan intim sekiranya membuat bayaran kepada suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mangsa yang terpedaya dengan pujukan suspek melakukan 45 transaksi daripada akaun bank miliknya ke akaun yang diarahkan wanita berkenaan dalam tempoh 11 Mei hingga 4 Julai lalu.

Katanya, walaupun sejumlah wang telah dipindahkan, suspek masih terus meminta wang daripada mangsa.

Mangsa yang menyedari dirinya ditipu membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in JENAYAH

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading