Connect with us

ALHIJRAH NEWS

SAMUN WARGA EMAS, DUA SUSPEK DIBURU POLIS

JENAYAH

SAMUN WARGA EMAS, DUA SUSPEK DIBURU POLIS

Polis sedang giat mengesan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian ragut membabitkan seorang wanita warga emas berusia 73 tahun di Bandar Baru Permas Jaya, Masai, selepas video kejadian itu tular di media sosial semalam.

JOHOR BAHRU: Polis sedang giat mengesan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian ragut membabitkan seorang wanita warga emas berusia 73 tahun di Bandar Baru Permas Jaya, Masai, selepas video kejadian itu tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Azrul Hisham Ain Mohd Shaffei berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 8 Julai kira-kira 6.36 petang, manakala kejadian dipercayai berlaku pada hari sama sekitar 5.26 petang.

“Kedua-dua suspek menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR nombor pendaftaran tidak pasti warna putih telah berhenti berdekatan mangsa dan suspek yang membonceng motosikal telah bertindak menarik rantai leher yang dipakai mangsa sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan di bahagian siku tangan kiri dan bengkak di kepala,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan semasa melakukan atau cuba melakukan rompakan.

“Sehingga kini kedua-dua suspek masih bebas dan pihak polis sedang giat menjalankan usaha untuk mengesan dan menangkap kedua-dua suspek tersebut.

“Sehubungan itu, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan 07-2182323 bagi membantu siasatan,” katanya. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in JENAYAH

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading