Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JPM HAL EHWAL AGAMA TEGAS TOLAK NEW AGE MOVEMENT, SIASATAN MENYELURUH DITERUSKAN

DALAM NEGARA

JPM HAL EHWAL AGAMA TEGAS TOLAK NEW AGE MOVEMENT, SIASATAN MENYELURUH DITERUSKAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menegaskan pihaknya menolak New Age Movement serta mana-mana fahaman bercanggah syarak, selain memastikan siasatan menyeluruh diteruskan.

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menegaskan pihaknya tegas menolak New Age Movement (NAM) serta mana-mana fahaman yang bercanggah dengan syarak.

“JPM (HEA) tegas menolak New Age Movement dan mana-mana fahaman bercanggah syarak. Siasatan menyeluruh telah dan akan terus dijalankan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu pada Ahad, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan sesi pertemuan dan tabayyun telah diadakan bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli bagi mendapatkan penjelasan secara langsung berhubung isu yang dikaitkan dengan NAM.

Sesi itu turut melibatkan Mufti Wilayah Persekutuan, Panel Pakar Akidah JAKIM serta pihak berkaitan bagi meneliti perkara berkenaan dari sudut disiplin akidah, autoriti agama dan latar pemikiran NAM.

Menurut JAKIM, beberapa teguran, nasihat dan panduan turut diberikan termasuk berkaitan kandungan serta pengisian program dan pendekatan yang mempunyai implikasi terhadap agama serta akidah. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading