Connect with us

ALHIJRAH NEWS

ANGKARA PUKUL PELAJAR DAN MENAMPAR IBUNYA, SEORANG GURU DITAHAN POLIS

JENAYAH

ANGKARA PUKUL PELAJAR DAN MENAMPAR IBUNYA, SEORANG GURU DITAHAN POLIS

Seorang guru lelaki ditahan polis selepas disyaki memukul seorang pelajar berusia 14 tahun serta menampar ibu pelajar terbabit dalam dua kejadian berasingan di Pasir Mas.

KOTA BHARU: Seorang guru lelaki ditahan polis selepas disyaki memukul seorang pelajar berusia 14 tahun serta menampar ibu pelajar terbabit dalam dua kejadian berasingan di Pasir Mas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Mazlan Hassan berkata, suspek yang berusia 54 tahun ditahan semalam selepas polis menerima laporan daripada ibu mangsa yang berusia 42 tahun pada hari yang sama.

Beliau berkata, kejadian membabitkan pelajar lelaki itu berlaku di sebuah sekolah menengah pada Selasa lalu.

“Pada hari keesokannya (12 Ogos), wanita terbabit pergi berjumpa guru itu untuk berbincang mengenai kejadian tersebut namun guru berkenaan dipercayai menamparnya ketika pertemuan itu.

“Suspek ditahan sebaik sahaja polis menerima laporan dan direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau cara berbahaya. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in JENAYAH

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading