
Palestin: Pelarian Gaza yang sebelum ini memiliki kedai buku, membina ‘perpustakaan’ jalanan di Deir al Balah.
Mohamed Saad yang sangat mencintai ilmu menyusun buku-buku yang berjaya diselamatkan daripada runtuhan di tepi jalan dan turut membina khemah kecil sebagai kedai.
Saad membina khemah merangkap perpustakaan selepas premis jualannya musnah dibedil zionis.
Dia yang terlalu minat dalam perniagaan buku ‘memilih’ untuk menyambung kerja yang dilakukan sejak berpuluh-puluh tahun lalu walaupun premisnya hancur menyembah bumi.
Saad juga amat mengalu-alukan kepada pelanggannya jika ada buku yang berjaya diambil daripada runtuh supaya menjual kepadanya.
“Kepada sesiapa yang mempunyai buku, jangan membakarnya. saya akan membelinya daripada sesiapa sahaja yang mempunyai buku. Daripada membakarnya, bawalah buku itu kepada saya dan ambillah wangnya, saya akan membelinya. jangan bakar buku, kerana buku mempunyai nilai, dan buku adalah kehidupan bagi seseorang,” katanya.

Sebelum ini, Saad telah mengusahakan perniagaan kedai buku selama 35 tahun.
Dia juga pernah menjual buku di hadapan pintu pagar Universiti Islam dan di pasar Firas lama di Gaza.
Saad juga mempunyai premis yang besar di Beit Lahia namun kedai itu ranap diserang tentera Israel yang turut mengorbankan anak lekakinya.—AlHijrah Online