Connect with us

ALHIJRAH NEWS

SULONG TAK LAGI MERAYAU, KINI ‘MENETAP’ DI TASIK KENYIR

DALAM NEGARA

SULONG TAK LAGI MERAYAU, KINI ‘MENETAP’ DI TASIK KENYIR

Proses pemindahan itu turut dibantu dua gajah denak, Indah dan Suria yang digunakan bagi memujuk Sulong menjalani proses pemindahan ke habitat baharu.

PETALING JAYA: Gajah jantan yang sebelum ini tular selepas merayau dari Gerik, Perak hingga ke Gua Musang, Kelantan, Sulong kini selamat tiba di Tasik Kenyir bagi menjalani proses pemindahan ke habitat baharunya.

Menerusi video yang tular di media sosial, Sulong dilihat berada di kawasan berkenaan dan sedang melalui proses pemindahan sebelum ditempatkan di habitat yang sesuai.

Sulong akan menerima rawatan terlebih dahulu sebelum dipantau secara berterusan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Proses pemindahan itu turut dibantu dua gajah denak, Indah dan Suria yang digunakan bagi memujuk Sulong menjalani proses berkenaan.

Sebelum ini, Sulong mencuri perhatian selepas dirakam berjalan sendirian dari Gerik menuju ke Gua Musang.

Pergerakannya yang merentasi jarak jauh mengundang kebimbangan orang ramai serta pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Sulong dijangka terus dipantau dan dirawat bagi memastikan keadaan fizikalnya baik sebelum disesuaikan dengan habitat baharunya di Tasik Kenyir. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading