Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TAMBANG PERCUMA LRT3 DILANJUTKAN HINGGA 14 OGOS

UTAMA

TAMBANG PERCUMA LRT3 DILANJUTKAN HINGGA 14 OGOS

Orang ramai kini mempunyai lebih banyak masa untuk menikmati perkhidmatan percuma Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam apabila Rapid KL melanjutkan tempoh tambang percuma sehingga 14 Ogos ini.

SHAH ALAM: Orang ramai kini mempunyai lebih banyak masa untuk menikmati perkhidmatan percuma Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam apabila Rapid KL melanjutkan tempoh tambang percuma sehingga 14 Ogos ini.

Rapid KL menerusi kenyataan memaklumkan lanjutan itu bertujuan memberi peluang kepada lebih ramai pengguna membiasakan diri dengan sistem pengangkutan awam baharu yang menghubungkan Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.

“Sepanjang tempoh lanjutan itu, orang ramai boleh menikmati perjalanan secara percuma menggunakan perkhidmatan LRT3 Laluan Shah Alam, termasuk bas perantara serta kemudahan Park N’ Ride di stesen-stesen yang terlibat.

“Ia sekali gus menggalakkan penggunaan pengangkutan awam sebagai pilihan utama perjalanan harian,” menurut kenyataan itu.

Rapid KL berkata, lanjutan tempoh perkhidmatan percuma itu dijangka memberi manfaat kepada lebih ramai pengguna, selain membantu mengurangkan kos perjalanan harian dan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap kecekapan serta keselesaan sistem pengangkutan awam negara.

“Orang ramai disaran memanfaatkan peluang ini dengan merancang perjalanan terlebih dahulu serta mematuhi segala peraturan dan garis panduan yang ditetapkan demi memastikan perjalanan yang selamat dan lancar,” menurut kenyataan itu.

Pada 28 Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tambang percuma LRT3 Laluan Shah Alam kepada semua penumpang bermula 29 Jun hingga 31 Julai sempena pelancaran laluan itu di Depoh LRT Johan Setia, Klang. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading