Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PLUS KULAI LUMPUH AKIBAT NAHAS LIBATKAN LORI DAN KERETA

UTAMA

PLUS KULAI LUMPUH AKIBAT NAHAS LIBATKAN LORI DAN KERETA

Empat lori dan dua kereta terbabit dalam kemalangan di Kilometer 31.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan antara Sedenak dan Kulai, pagi tadi, sehingga menyebabkan kesesakan trafik teruk di kedua-dua arah.

Foto: JBPM

KULAI: Empat lori dan dua kereta terbabit dalam kemalangan di Kilometer 31.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan antara Sedenak dan Kulai, pagi tadi, sehingga menyebabkan kesesakan trafik teruk di kedua-dua arah.

Insiden itu turut mengakibatkan beberapa kenderaan terbakar, dengan rakaman video dan gambar yang tular di media sosial menunjukkan kepulan asap hitam tebal menjulang tinggi ke udara.

Beberapa kenderaan yang terlibat juga dilaporkan mengalami kerosakan teruk akibat impak perlanggaran.

Maklumat awal yang beredar mendakwa nahas berkenaan mungkin melibatkan kemalangan maut.

Bagaimanapun, setakat ini pihak berkuasa belum mengesahkan jumlah mangsa serta punca kejadian.

PLUS Malaysia Berhad menerusi makluman trafik awal memaklumkan kemalangan berlaku selepas Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Kulai menghala ke selatan.

“Kemalangan ini menyebabkan kesesakan trafik di kedua-dua arah. Pengguna jalan raya dinasihatkan memandu dengan berhati-hati dan mematuhi arahan pihak berkuasa di lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, trafik dilaporkan terhenti sepenuhnya ketika pasukan kecemasan menjalankan operasi menguruskan insiden serta kerja-kerja pembersihan di lokasi. Sehingga berita ini ditulis, semua lorong arah selatan masih ditutup dan tidak dapat dilalui. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading