
KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kamarool Haji Yusoff, 67, atau lebih dikenali sebagai Cik Man, dilaporkan telah meninggal dunia, hari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh rakan industrinya, Adam Hamid Jarnail, menerusi satu hantaran di Facebook.
Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tanah Merah, Kelantan.
Sebelum ini, media melaporkan terpaksa ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Tanah Merah, Kelantan susulan masalah saluran jantung tersumbat.
Keputusan menidurkan Cik Man dibuat bagi membolehkan dia berehat selain memudahkan urusan rawatan doktor.—AlHijrah Online